.
Showing posts with label neraka. Show all posts
Showing posts with label neraka. Show all posts

| kenali anak-anak syaitan di sekeliling mu |




9 Jenis Anak Syaitan.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ?

| insaflah wahai kaki clubbing |

Buat renungan,gambar dibawah adalah antara gambar kejadian Kelab Malam aka disko terbakar ketika menyambut Tahun baru 2009 di Thailand. Kelab malam mewah di Santika,Thailand ini telah musnah dan 61 orang penghuni didalamya mati hangus serta merta (tak termasuk yang cedera). Mati dalam keadaan keji begini cukup memalukan jika kita orang Islam yang mengaku beragama Islam.?











Kepada mereka diluar sana, buatlah azam baru supaya kita kembali dan berubah tidak mengamalkan aktiviti yang dilaknat ini. Azab di dunia sudah ditunjuk dan azab di akhirat menanti dengan lebih pedih!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts