.
9 Jenis Anak Syaitan.
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari
Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ?
Category:
dosa,
neraka,
syaitan
0
comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
AMARAN!!Untuk yg berumur 18 tahun ke atas shj. p/s : So berhati2 lah di jalan raya okay! :)
-
Buat renungan ,gambar dibawah adalah antara gambar kejadian Kelab Malam aka disko terbakar ketika menyambut Tahun baru 2009 di Thailand. K...
-
Wakaka!!tinggal lagi 1 jam..umur qu sudah 20 =p ..yehaa~~sje je nk post awal..walaupun xdpt nk celebrate befday cm dulu..ada cake ler..tiup ...
-
eyy guys..arinie aqu nk share serba sedikit tentang sejarah dan budaya hip hop dari zaman kegemilangan dahulu..maybe ada beberapa info ya...
-
bukanla! . bkan superhero baru. tapi penyakit rupanya. nama dia DEDE KOSWARA berasal dari indonesia . sebenarnya cte nih dh lama dah. t...
