.

| Hip Hop.What bout it?? |

eyy guys..arinie aqu nk share serba sedikit tentang sejarah dan budaya hip hop dari zaman kegemilangan dahulu..maybe ada beberapa info yang salah..law nk taw lebih lanjut..search laa sndiri k.. ^.^

Hip Hop adalah sebuah gerakan kebudayaan yang mula tumbuh sekitar tahun 1970’an yang dikembangkan oleh masyarakat Afro-Amerika dan Latin-Amerika.elemen-elemennya terdiri dari MCing(rapping), Djing, Breakdance,beatboxer dan Graffiti.

Rap merupakan teknik vocal yang berkata-kata dengan cepat dan penyanyi nya di panggil rapper. biasanya ia diiringi dengan DJ ataupun band. rapper merupakan penyanyi biasa yang menyanyi solo seperti xzibit ataupun eminem. ada juga rapper yang menjadi anggota band contohnya mike shinoda dari linkin park. kebanyakan rapper terdiri daripada kulit hitam kerana rapper berasal dari pinggiran bandar antara rapper berkulit putih sean paul dan pitbull. rapper juga sering dipanggil dengan MC(master of ceremony).


seorang disc jockey(dipanggil DJ atau deejay) adalah seseorang yang memilih dan memainkan rakaman suara atau muzik yang dirakam semula sebelumnya.terdapat beberapa teknik yang digunakan Dj contohnya audio mixing, cueing, slip-cueing, phrasing,beat juggling dan scratching.


graffiti merupakan lukisan pada dinding yang menggunkan komposisi warna, garis, bentuk dan volume untuk menulis kata,simbol atau perkataan tertentu. alat yang digunakan pada masa kini contohnya spray.pada masa dahulu, graffiti dibuat dengan sapuan cat menggunakan kapur.


breakdance,breaking,b-boying atau b-girling adalah gaya tarian jalanan yang muncul sebagai salah satu budaya hip hop antara african american dan pemuda dari puerto rico yang dilakukan di bahagian selatan new york city yang brutal pada tahun 1970. secara umumnya, tarian ini diiringi lagu hip hop atau lagu remix. seorang breakdancer,breaker,b-girl atau b-boy adalah orang yang memainkan pergerakan breakdance.


beatbox merupakan salah satu bentuk seni yang memfokuskan diri dalam menghasilkan bunyi,ketukan drum,instrumen muzik mahupun tiruan bunyi-bunyi lain khususnya turntable melalui mulut.pemain beatbox lebih dikenal dengan beatboxer, mampu mendemonstrasikan segala bentuk bunyi bunyian.


Hip hop mula dikenali dari the bronx di kota new york city dan terus berkembang pesat hingga ke seluruh dunia.hip hop mula diperkenalkan ke mata dunia oleh seorang Afro-Amerika iaitu grandmaster flash dan the furious five.pada perkembangan nya, hip hop juga dianggap sebagai bahagian dari seni dan untuk mengekspresikan seni visual muncul lah graffiti sebagai salah satu dari budaya hip hop.


"hip" bermaksud memberitahu atau sekarang dan di akhiri dengan "hep". ada juga yang berpendapat "hip hop" merupakan sebutan lain dari bebop. namun menurut keith "cowboy" wiggins, salah satu anggota grandmaster and the furious five, istillah "hip hop" terlintas di fikiran nya ketika dia sedang bergurau dengan rakannya semasa menjadi tentera dahulu. bunyi "hip hop" merupakan tiruan bunyi hentakan kaki tentera.pada setiap persembahan nya, cowboy sering menyebut perkataan hip hop.lama kelamaan, sebutan itu menjadi ikutan peminat hip hop lain dan terus menjadikannya sebagai nama genre muzik yang dibawanya.

hip hop juga mempunyai zaman kegemilangan nya.contohnya run DMC yang mengeluarkan album "raising hell" pada tahun 1986 dan diakhiri dengan munculnya g-funk pada tahun 1992.zaman kini telah didominasi oleh artis dari east coast yang berpusat di new york city.label def-jam records menjadi salah satu label east coast yang terkenal pada masa itu.


terdapat juga beberapa subgenre hip hop contohnya:
rapcore - run DMC sempat bergabung dengan band hard rock aerosmith dengan lagu"walk this way".selain run DMC, pada tahun 1976, beastie boys juga mengeluarkan lagu rapcore nya "licensed to lll" yang di keluarkan oleh def jam records.

electro - muzik yang sedang naik pada masa kini dan tidak ada yang yang tahu bahawa electro juga merupakan bahagian dari muzik hip hop. 

miami bass - sebahagian dari hip hop yang di popularkan oleh 2 live crew, jjfad, dj magic mike dan dj laz. muzik ini mempunyai irama bass yang kuat dan lirik yang sedikit menyinggung tentang seks dan politik.

hardcore hip hop - pada tahun 1990-an, muzik dari new york dan east coast menjadi muzik yang sangat keras dan gelap, sesuai dengan kehidupan yang terjadi disana. artis dari tahun 80-an akhir seperti EPMD dan eric B serta rakim menjadi salah satu muzik dengan irama yang keras.

nie antara aksesori yang sering digunakan artis hip hop di malaysia mahupun di luar negara:

    

  



antara jenama hip hop yang terkenal:

     

    

4 comments:

xazryx said...

baru aku tau maksud dj .HAHA .

VerA_cLAn said...

ko ingat pe..dj dave jee..ahaha

s h a f i q h a s h i m _____ said...

def jam tu pon hiphop gak ehh?? :P

VerA_cLAn said...

bkan yg game tu la..nie first studio recording dulu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts